Showing posts with label local band preview. Show all posts
Showing posts with label local band preview. Show all posts

Local band preview... Xinxerena

Local band preview kali ini ialah...... Xinxerena.. (Pronounce : Sin-serina)

Xinxerena ni band yang asal dari KK, yang ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi, bergenrekan Rock dan Alternatif, diorang amat aktif buat persembahan di sekitar KK, mustahil kamu nda pernah ternampak diorang perform... latest, diorang ada perform di Stompin' Sabah Tanjung Aru. Performance diorang mimang awesome!

Vocal bertenaga oleh Jodie, Del Aldo pada gitar, Ryandell pada Bass, dan Dony pada Drum, lagu single diorang 'Paradise' berada pada No.1 Hitz.FM Borneo English Top 10 pada mula-mula carta dibuka, dan kekal di atas untuk beberapa minggu. Wow!

Kamu bulih join Facebook page diorang di sini untuk mengikuti perkembangan diorang. Sama-sama kita support Sabahan band, sayang oh kita ada band berkualiti kalau nda kena support kan? So, kalau diorang ada buat show, jangan lupa pigi tingu, rugi oh!

P/S : 'Xinxerena' diambil dari perkataan Sincere yang bermaksud ikhlas.

Dony, Jodie, dan Del Aldo (Ryandell tiada dalam gambar)
Persembahan akustik di Move! Art Festival baru-baru ini.

Kamu dengar lagu diorang Paradise di sini.....


Gambar dan Info diambil dari Fan Page Xinxerena dan Reverbnation.

Local band preview... Bring Back the Arcade

Untuk pengetahuan kamu, ini slot terbaru blog ini. Tujuan ni slot adalah untuk menyokong band-band tempatan khasnya band dari Sabah!

Preview kali ini adalah kumpulan Bring Back the Arcade!
Menggelar diri mereka 'game geek' yang hebat bermain muzik iaitu Angel (Vokal), Syuk dan Wann (Gitar), Mitch (Bass) dan Awang (Drum), baru-baru ini diorang sudah release Single diorang yang bertajuk Mrs. & Mr. K dan ada video clip pertama diorang suda iaitu Peeble by the Street (Sila rujuk video di bawah) .. Untuk pengetahuan kamu, single diorang pernah masuk carta Borneo English Chart Show Hitz.fm selama beberapa minggu!

dan..diorang berada di carta No. 27 Xfresh FM Underground, kamu buli kasi naik lagi tu carta dengan mengundi di http://www.xfm.com.my/Di-Radio/XFMU! Apa lagi, kasi naik band Sabah ba!

Untuk maklumat lanjut tentang BBTA, kamu join FB diorang di sini. Jom Support!
Member-member BBTA!
Single terbaru diorang, cuma berharga RM8!
Video Klik Peeble by the Street.

P/S : sekiranya kamu ada band local yang mahu dipreviewkan, sila postkan di wall facebook page Ni Kali Lah ok?! Kami support bah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...