Showing posts with label Ini baru lah. Show all posts
Showing posts with label Ini baru lah. Show all posts

Rumah di tangki bawah tanah.

Miguel Restrepo (65) dan bini dia María García tinggal di Madellin Colombia. Miguel ni bekas penagih dadah, dan diorang bilang, 22 tahun sudah diorang menetap di tangki bawah tanah ni. Rumah diorang ni sempit jak, panjang 10 kaki, 4.4 kaki lebar dan 6.5 kaki tinggi didiami oleh Miguel, isteri dan anjing peliharaan mereka Blackie. Walaupun rumah diorang sempit, tapi hampir setiap kelengkapan dan keperluan, ada dalam ni rumah.

Bersyukurlah walaupun rumah kita kecil, tapi tiada yang sampai terpaksa tinggal di terowong kan? :)



Rumah terbalik di Tuaran. Magic!

Magic owh kan? Kalau kamu mo tau, ini Rumah Terbalik ini dibina di Kg. Telibong, Tuaran, Sabah. Rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara ba ni! 

Ni rumah dibina ikut ciri-ciri asal rumah tradisional Sabah dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur yang dibina terbalik!

Satu kali masuk, memakan masa selama 30-45 satu round. Ni rumah terletak di dalam Perkampungan Kraftangan Tuaran, makanan dan cenderamata tempatan pun ada sana.

Nah, buli lah bertrip macam filem Inception!

Gadis penjual tiket bas yang santik...

Kebiasannya penjual tiket terdiri daripada auntie-auntie di China. Jarang lah ada anak muda yang mau bekerja menjual tiket bas ini. Tetapi sejak gambar gadis ini berada di internet ramai yang tertanya siapakah gadis ini? Sebab jarang gadis yang secantik sanggup bekerja menjadi  penjual tiket.Dia dikata bekerja di Shanghai bus bernombor 961 route...





Budak bermata kucing, bulih melihat dalam gelap!

Kamu tau mata kucing kan? bersinar bila disuluh pada waktu malam, dan berwarna kebiruan, tapi budak bermata kucing misti kamu nda pernah dengar kan. Mata dia buli tingu dalam gelap lagi tu!

Doktor sudah kaji penglihatan yang menakjubkan Nong Youhui sejak bapa dia membawanya ke hospital di Dahua, selatan China, risau dengan mata biru terang beliau.

Si bapa, Ling bilang: "Diorang kasi tau saya dia akan membesar dan matanya akan berhenti bercahaya dan menjadi hitam seperti kebanyakan orang Cina, tapi masih juga sama walaupun dia membesar."

Ujian perubatan yang dijalankan di dalam gelap membuktikan Youhui boleh membaca dengan sempurna tanpa cahaya apa-apa dan melihat dengan jelas kerana kebanyakan orang lakukan pada siang hari. Campin kan?




Upacara menghidupkan mayat. Zombie real punya!

Di Indonesia, macam-macam budaya pelik yang kita bulih dingar. Ini salah satunya, suku Toraja di sana, mampu membangkitkan orang mati. Upacara ini dikendalikan oleh pawang-pawang diorang yang suda expert. 

Kononnya, mayat ini dihidupkan supaya mayat ini bulih berjalan sendiri ke liang kubur (lubang kubur) sendiri, amat sukar untuk diusung sebab kubur terletak di kawasan pergunungan. Sebaik saja dihidupkan, mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu, sebelum mula berjalan ke kubur sendiri. Jika ada orang menunjuk atau memanggil nama dia, mayat ini akan rebah dan tidak boleh dihidupkan kembali.

Ritual ini sudah kena praktik dari duuuluuu lagi diorang bilang, time peperangan Toraja Barat dan Toraja Timur, tentera yang mati akan 'dibangkitkan' oleh pawang, supaya diorang bulih berjalan pigi rumah sendiri. 

Si Zombie dimandikan.

Ibu jual rumah untuk biaya kos 'kasi kurus' si anak.

Colin Corfield, 41 tahun, susah mau bergerak dan terpaksa stay di kerusi atau katil saja untuk makan, tapi, nasib dia berubah apabila Ibu dia sanggup jual rumah untuk hantar ni lelaki pigi operation 'Gastric Bypass', hasilnya berbaloi apabila berat dia berubah dari 378kg ke 88kg!

Sebelum
Berbaloi-baloi!

Perompak trip koboi, tertimbak kaki sendiri. Fail!

Eksyen kunun ni perompak, pakai topi koboi, bawa dua pistol. Cuba merompak sebuah bank di Brazil. Sekali tingu, tertembak kaki sendiri! Belum pro lagi ni koboi. Punya bikin malu kan?

Pencuri ni kena tangkap apabila dia cuba pigi Hospital berdekatan untuk meminta rawatan. 


Budak 3 tahun, memasak, memandikan dan menjaga si bapa yang lumpuh!

Kejadian ini berlaku di China, si bapa, Dong Jian, lumpuh akibat kemalangan, dan bini dia lari nda tau pigi mana selepas kemalangan berlaku. Namun begitu, si Dong Xinyi, anak perempuannya berumur 3 tahun, sentiasa di sisi untuk menjaga si bapa yang lumpuh. Dia masak makanan, dia kasi bersih kotoran, semua dia buat untuk jaga bapa dia. Bayangkan, ni budak baru 3 tahun sudah pandai jaga bapa dia!

Ambil air untuk kasi mandi beliau dia.

Naik gunung tiap hari untuk pigi sekolah! Kamu berani?


Pelajar di Uygur Xinjiang di China memang susah mo escape lepas sudah pergi sekolah,
Murid-murid di Pili terpaksa menyeberangi 457,2 meter di atas paras laut semata-mata untuk mendapat ilmu di sekolah.

Di guide oleh cigu-cigu dan ibu bapa, semua murid berhati-hati menyeberangi gunung ni, kambing pun fikir dua kali owh mo limpas!

Seorang guru sempat begurau. "Ya, memang curam, tapi kami orang gunung ma, kami biasa suda ni, haha." 
"Kami belum lagi kehilangan siapa-siapa, bermakna belum ada pelajar lagi yang ponteng!"


Nah! Betapa susahnya orang lain pigi sekolah, yang senang pigi sekolah tu jangan la malas-malas...haha!

Cita-cita tinggi seorang gadis istimewa.

Ramai diantara kita yang selalu mengeluh tentang kekurangan diri, jerawat sikit sudah bising kan? Tapi tingu gadis ni, dia kehilangan kakinya ketika kemalangan, hanya menggunakan basketball sebagai pengganti kakinya yang dipotong dari pangkal pahanya.. Namun dia masih ingin mencapai cita-citanya untuk mewakili pasukan Paralimpik China bagi acara renang, kini, Qian Hongyan menjalani latihan untuk mnghadapi paralimpik 2012 London.


Hargailah diri kamu seadanya, dan kejarlah cita-cita kamu! 

Sikuriti Russia adalah Sikuriti Sebenar! (VIDEO)

Kejadian ini berlaku di salah sebuah supermarket di Russia, ni geng Skin Head buat kacau, dan memulakan pergaduhan, dan mulalah adegan SKURITIs vs SKINHEADs... Must watch!

Sikuriti di Russia nda macam di sini, tua-tua, kurus, dan ada yang gemuk.. diorang punya sikuriti semua fighter!

Wa, Bomba selamatkan anjing dengan CPR....

Tahniah kepada bomba di Winconsin, UK, kerana berjaya selamatkan anjing yang hampir-hampir maut akibat tersedut banyak asap time kebakaran di sebuah rumah tempat anjing dan keluarga tuan dia tinggal.

Ketika dibawa keluar dari rumah, anjing ni yang bernama Coda tidak bernafas, dan mujurlah diorang geng-geng bomba cuba sedaya upaya kasi selamat ni anjing guna CPR iaitu pernafasan mulut ke mulut, yang biasanya digunakan untuk menyelamatkan manusia. Tahniah abang-abang bomba!

Bagus kan diorang ni, Anjing pun diorang cuba sedaya untuk kasi selamat, sebab diorang pun ada nyawa juga ma macam manusia...kan?
Anggota bomba cuba buat CPR sama Coda si anjing.

Lelaki dan b*j* gergasi.

Ini bukan cerita lawak! Wesley Warren, lelaki dari Las Vegas perlukan wang sebanyak 1 juta US dolar untuk memperbaiki dia punya testis (B*j*) yang seberat 45kg! OMG!

Testis beliau semakin berkembang sampai beliau nda buli lagi pakai jeans atau seluar, dan dia mengadu selalu saja ada masalah untuk berjalan, dan pergi ke tandas.

Beliau sering saja tekanan, "Saya pun mau ada Chics dan Hangout sama kawan-kawan saya, namun begitu, dengan keadaan saya, saya terpaksa duduk rumah jak."

Namun begitu, dia mengakui, beliau masih bersemangat tinggi dan nda pernah terfikir untuk bunuh diri.
Tahniah kerana bersemangat waja!

Bayi kena pijak kereta, 18 orang nampak tapi tidak peduli.

Bodoh, dan tidak berperikemanusiaan, Bayi ni kena pijak kereta, 18 orang limpas, jeling-jeling saja satu pun nda tolong, dan ada lagi lori lain pigi pijak! sampai ibu dia yang sendiri ambil tu Baby....tapi sudah terlambat.

Teruknya manusia sekarang... kan?



Ralat : Ada sumber mengatakan bayi itu kini dalam keadaan koma, dan masih hidup :(

Kehebatan nelayan kampung.Hanya pakai bambu untuk tangkap ikan paus!

Selalunya, untuk penangkapan ikan paus ni, teknologi tinggi diperlukan untuk menawan ikan gergasi ni, tapi bagi nelayan-nelayan kampung di Amerika Selatan ni, diorang rilex jak tangkap pakai bambu/buluh dan perahu kecil! 

Apa-apa pun, save the whale!
Aksi akrobatik nelayan, menusuk terus ke jantung.

Bakar diri selepasa gagal pinjaman.

Kejadian ni berlaku di Greek, ni lelaki umur 55 tahun bakar diri dia di depan bank setelah permohonan pinjaman dia kena tolak. Gila oh kan? Sanggup lagi tu bakar diri...



Obsesi Fotografi Pelik #4 : Posing kepala di mangkuk tandas!


Kamu masih ingat kah entry dulu yang berkenaan Plangking iaitu, posing secara bertiarap... kalau lupa kamu rujuk Obsesi Fotografi Pelik #3

Sekarang, semakin pelik planking diorang, iaitu posing sambil kepala masuk dalam mangkuk tandas! OMG! Ini lebih ekstrim dari sebelum-sebelumnya. Diorang panggil ini "Plumbking".....Kamu berani?

Snug: This man obviously has a high threshold for unhygienic situations


Aksi hebat macam superhero, umban peragut pakai basikal!

Kejadian ini berlaku di China, beg tangan seorang perempuan diragut di depan hotel, kebetulan ni 'Superman' limpas di depan, dengan tenang dan bergaya dia stop basikal dia, trus dia umban tu motosikal pakai tu basikal! Tu moto pun jatuh bergulik! Hebat kan?
Man throws bicycle at thieves

Gaun diperbuat dari newspaper..

Mau kahwin tapi teda duit sewa gaun? Jangan Risau....pakai newspaper pun buli bah!



Buaya gergasi berjaya ditangkap hidup-hidup...punya basarr!


Urang kampung dan pakar buaya di Filipina berjaya menangkap buaya yang dianggap paling besar di dunia, iaitu seberat 600kg dan 6.1 meter, kunun-kunun, ini buaya yang menyebabkan beberapa ekor Karabau hilang, dan 1 orang Nelayan hilang.... Basar kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...