Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Rumah di tangki bawah tanah.

Miguel Restrepo (65) dan bini dia María García tinggal di Madellin Colombia. Miguel ni bekas penagih dadah, dan diorang bilang, 22 tahun sudah diorang menetap di tangki bawah tanah ni. Rumah diorang ni sempit jak, panjang 10 kaki, 4.4 kaki lebar dan 6.5 kaki tinggi didiami oleh Miguel, isteri dan anjing peliharaan mereka Blackie. Walaupun rumah diorang sempit, tapi hampir setiap kelengkapan dan keperluan, ada dalam ni rumah.

Bersyukurlah walaupun rumah kita kecil, tapi tiada yang sampai terpaksa tinggal di terowong kan? :)



Budak bermata kucing, bulih melihat dalam gelap!

Kamu tau mata kucing kan? bersinar bila disuluh pada waktu malam, dan berwarna kebiruan, tapi budak bermata kucing misti kamu nda pernah dengar kan. Mata dia buli tingu dalam gelap lagi tu!

Doktor sudah kaji penglihatan yang menakjubkan Nong Youhui sejak bapa dia membawanya ke hospital di Dahua, selatan China, risau dengan mata biru terang beliau.

Si bapa, Ling bilang: "Diorang kasi tau saya dia akan membesar dan matanya akan berhenti bercahaya dan menjadi hitam seperti kebanyakan orang Cina, tapi masih juga sama walaupun dia membesar."

Ujian perubatan yang dijalankan di dalam gelap membuktikan Youhui boleh membaca dengan sempurna tanpa cahaya apa-apa dan melihat dengan jelas kerana kebanyakan orang lakukan pada siang hari. Campin kan?




Upacara menghidupkan mayat. Zombie real punya!

Di Indonesia, macam-macam budaya pelik yang kita bulih dingar. Ini salah satunya, suku Toraja di sana, mampu membangkitkan orang mati. Upacara ini dikendalikan oleh pawang-pawang diorang yang suda expert. 

Kononnya, mayat ini dihidupkan supaya mayat ini bulih berjalan sendiri ke liang kubur (lubang kubur) sendiri, amat sukar untuk diusung sebab kubur terletak di kawasan pergunungan. Sebaik saja dihidupkan, mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu, sebelum mula berjalan ke kubur sendiri. Jika ada orang menunjuk atau memanggil nama dia, mayat ini akan rebah dan tidak boleh dihidupkan kembali.

Ritual ini sudah kena praktik dari duuuluuu lagi diorang bilang, time peperangan Toraja Barat dan Toraja Timur, tentera yang mati akan 'dibangkitkan' oleh pawang, supaya diorang bulih berjalan pigi rumah sendiri. 

Si Zombie dimandikan.

Lelaki dan b*j* gergasi.

Ini bukan cerita lawak! Wesley Warren, lelaki dari Las Vegas perlukan wang sebanyak 1 juta US dolar untuk memperbaiki dia punya testis (B*j*) yang seberat 45kg! OMG!

Testis beliau semakin berkembang sampai beliau nda buli lagi pakai jeans atau seluar, dan dia mengadu selalu saja ada masalah untuk berjalan, dan pergi ke tandas.

Beliau sering saja tekanan, "Saya pun mau ada Chics dan Hangout sama kawan-kawan saya, namun begitu, dengan keadaan saya, saya terpaksa duduk rumah jak."

Namun begitu, dia mengakui, beliau masih bersemangat tinggi dan nda pernah terfikir untuk bunuh diri.
Tahniah kerana bersemangat waja!

'Cinta itu buta.' Like seriously?

Kamu mesti jeles kan tingu ni gambar? lol. Yu Zhenhuan the Warewolf ni diiktiraf sebagai lelaki paling banyak bulu di dunia, tapi tidak menjadi masalah baginya untuk mendapatkan seorang isteri yang cantik begini. 

Inspirasi kepada lelaki single di luar sana!


Cara kunci basikal yang orang langsung nda buli curi.

Lama saya tengok ni gambar, cuba fikir cara dia kunci ni basikal. Sampai diorang terpaksa panggil bomba untuk buka ni basikal! LOL!

Di pasport Australia... ada jantina X.



Selalunya, di bahagian jantina dalam dokumen macam passport cuma ada dua kan? iaitu Lelaki dan Perempuan. Tapi, kerajaan Australia kini dia letak jenis jantina baru secara rasminya di passport, iaitu "X"!.

Seperti yang kena lapor oleh Associated Press, Khamis 15 September 2011, gender X ini diletakkan untuk transgender atau mereka yang masih lagi bingun orientasi seksualnya.

Khas untuk bagi transgender yang memilih jenis kelamin X, diorang perlu pernyataan dari doktor yang menunjukkan mereka telah melakukan operasi kelamin. Keputusan ini diambil supaya pemerintah Australia dapat kasi hilang diskriminasi terhadap para transgender.

"X sangat penting, kerana terdapat orang-orang yang secara genetis tidak jelas jenis kelaminnya atau merasa tidak sesuai dengan jenis kelamin yang mereka dapat ketika lahir," kata Senator Louise Pratt, yang menikah dengan seorang lelaki yang dulunya adalah wanita.

Dia mengatakan jenis kelamin ketiga ini juga dapat menghindarkan seseorang ditahan atau diinterogasi di lapangan terbang kerana ketidaksesuaian penampilan dengan gender yang tertulis di pasport. "Jenis kelamin baru ini juga penting untuk pengakuan hak-hak dasar manusia," tambah Pratt lagi.

Menteri Luar Negeri Australia, Kevin Rudd, mengatakan keputusan baru pemerintah ini selain menghapuskan diskriminasi juga akan mempermudah para transgender dalam mengurus dokumen perjalanan. "Amandemen ini membuat hidup lebih mudah dan menghilangkan beban bagi mereka yang ingin agar orientasi seksual dan penampilannya dapat terwakili dengan gender."

Alalala... Kamu judge la sendiri ok?

Lelaki tumbuh n*n*n akibat makan ubat pencegah AIDS.


Nda tau ini berlaku di Tanzania jak ka atau seluruh dunia. Yang pastinya, beberapa orang yang ada AIDS di negara itu tiba-tiba ada payudara akibat dari kesan sampingan pengawal virus HIV yang diorang makan.


Selain Joseph Mkanda, beberapa lelaki lain juga mengalami kesan yang sama. Kesian diorang kan? Sudahlah kena HIV, tiba-tiba lagi tumbuh Payudara. Diorang pun malu mo keluar, takut kena kasi ketawa oleh orang ramai.


Doktor cakap, efek tu memang normal bagi orang yang makan ubat pencegah AIDS bagi tempoh yang lama...

Obsesi Fotografi Pelik #4 : Posing kepala di mangkuk tandas!


Kamu masih ingat kah entry dulu yang berkenaan Plangking iaitu, posing secara bertiarap... kalau lupa kamu rujuk Obsesi Fotografi Pelik #3

Sekarang, semakin pelik planking diorang, iaitu posing sambil kepala masuk dalam mangkuk tandas! OMG! Ini lebih ekstrim dari sebelum-sebelumnya. Diorang panggil ini "Plumbking".....Kamu berani?

Snug: This man obviously has a high threshold for unhygienic situations


Cara dengar lagu sambil memasak paling smart, tanpa MP3 atau iPod!

Hahahahaha!





Sumber : blogserius.blogspot.com

Gaun diperbuat dari newspaper..

Mau kahwin tapi teda duit sewa gaun? Jangan Risau....pakai newspaper pun buli bah!



Buaya gergasi berjaya ditangkap hidup-hidup...punya basarr!


Urang kampung dan pakar buaya di Filipina berjaya menangkap buaya yang dianggap paling besar di dunia, iaitu seberat 600kg dan 6.1 meter, kunun-kunun, ini buaya yang menyebabkan beberapa ekor Karabau hilang, dan 1 orang Nelayan hilang.... Basar kan?

Dalam Durian ada Durian.

Musim-musim Durian ni mesti semua gila Durian kan, ada yang sampai mabuk. Ada yang pajak banyak-banyak, maklumlah, 1 tahun satu kali jak musim durian. Di Kuantan, ni satu orang pembeli tekejut bila dia buka durian dia tiada isi, macam biasa, cuma ada Durian jak di dalam, kiiiicilll lagi tu! Pelik kan?

Gambar pertunangan yang pelik tapi cool.... Zombie Attack!

Trend sekarang untuk photoshoot perkahwinan dan pertunangan semua sama kan? Sunset, tepi pantai, taman, street....yang ini ada keunikan tersendiri...Ada zombie sebagai pelakon tambahan, tema dia ialah serangan zombi, memang pelik, tapi unik dan nampak heroism dan cool! lain dari yang lain.... 

Kalau kamu mo tau, ni pasangan dari California, dan dua-dua ni pekerja Disney Studios...patutlah!

True Romance: A engagement picnic in the California hills
Sebelum kedatangan Zombi.

The couple enjoy a quiet picnic ... but what's that in the background?
Saat romantik, tapi...ow-ow...ada apa di belakang...?

600 ekor arnab mati, sebab terkejut tingu anjing!

600 ekor arnab di sebuah kandang mati tekejut selepas seekor anjing menceroboh kandang mereka, tiada cedera langsung dijumpai pada badan diorang... dipercayai bahawa arnab-arnab ini terrrrlampau stress akibat ternampak anjing dan kadar adrenalin terlampau tinggi dan mengakibatkan arnab-arnab ini sakit jantung..

Kasian owner dia, sampai menangis-nangis dia tingu arnab-arnab dia..



Teknik mempertahankan diri yang paling ganas dan berbahaya.

Kalau kamu dirompak atau diugut.. mungkin cara ini sesuai. Hahaha!

Nama jurus ni ialah "Monkey steal the peach" atau bahasa melayu dia Monyet mencuri buah pic. Selamat mencuba!


Lelaki saman syarikat pembuat perfume lelaki.


New Delhi, Ni satu lelaki India berusia 26 tahun saman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang jual produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'penderitaan mental'.


Tu lelaki bilang,dia gagal memikat gadis, walaupun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.


Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.


ni nah orang yang mau saman tu....
Vaibhav Bedi



Kamera paaling unik

Kreatif ni diorang buat kamera, macam bentuk pistol... imagine gambar macamana diorang tangkap, mesti semua gambar-gambar dia muka orang terkejut kan? haha!


Binatang aneh disangka makhluk asing.

Siapa nda terkejut binatang botak, mata tekeluar, lidah tekeluar. Seorang suri rumah di China berteriakan bila nampak ini binatang curi timun di rumah flat dia. Tiada orang percaya cakap dia, sampailah ini haiwan terperangkap.

Besar ni binatang lebih kurang 1.5kaki... pelik kan rupa dia?
The weird animal that caused panic. Pic from www.thesun.co.uk
Picture by The Sun

Lelaki kena tangkap pasal pakai baju renang perempuan di swimming pool.

Saya pun nda paham ni lelaki, dia kena tangkap di bilik persalinan perempuan di pusat renang, apabila selesai tukar baju renang dia. Perempuan di bilik tu teriak-teriak ketakutan, lalu pegawai bertugas pun call polis.. diorang terkejut bila nampak ni orang... pelik punya orang. Hahaha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...