Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Rumah di tangki bawah tanah.

Miguel Restrepo (65) dan bini dia María García tinggal di Madellin Colombia. Miguel ni bekas penagih dadah, dan diorang bilang, 22 tahun sudah diorang menetap di tangki bawah tanah ni. Rumah diorang ni sempit jak, panjang 10 kaki, 4.4 kaki lebar dan 6.5 kaki tinggi didiami oleh Miguel, isteri dan anjing peliharaan mereka Blackie. Walaupun rumah diorang sempit, tapi hampir setiap kelengkapan dan keperluan, ada dalam ni rumah.

Bersyukurlah walaupun rumah kita kecil, tapi tiada yang sampai terpaksa tinggal di terowong kan? :)



Percubaan 'Prison Break' yang gagal.

Kejadian berlaku di sebuah penjara Brazil, seorang tahanan yang cuba melarikan diri tersangkut di satu lubang yang kecil dan bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya. Dipercayai bahawa seorang tahanan yang lebih kurus berjaya melepaskan diri.

Ini lah jadi kalau nda dapat agak saiz perut sendiri. lol!
Tu polis penjara pun berabis ketawa, haha.

"Kimbet! Apa kamurang gambar-gambar!"

Perompak trip koboi, tertimbak kaki sendiri. Fail!

Eksyen kunun ni perompak, pakai topi koboi, bawa dua pistol. Cuba merompak sebuah bank di Brazil. Sekali tingu, tertembak kaki sendiri! Belum pro lagi ni koboi. Punya bikin malu kan?

Pencuri ni kena tangkap apabila dia cuba pigi Hospital berdekatan untuk meminta rawatan. 


Budak 3 tahun, memasak, memandikan dan menjaga si bapa yang lumpuh!

Kejadian ini berlaku di China, si bapa, Dong Jian, lumpuh akibat kemalangan, dan bini dia lari nda tau pigi mana selepas kemalangan berlaku. Namun begitu, si Dong Xinyi, anak perempuannya berumur 3 tahun, sentiasa di sisi untuk menjaga si bapa yang lumpuh. Dia masak makanan, dia kasi bersih kotoran, semua dia buat untuk jaga bapa dia. Bayangkan, ni budak baru 3 tahun sudah pandai jaga bapa dia!

Ambil air untuk kasi mandi beliau dia.

Wa, Bomba selamatkan anjing dengan CPR....

Tahniah kepada bomba di Winconsin, UK, kerana berjaya selamatkan anjing yang hampir-hampir maut akibat tersedut banyak asap time kebakaran di sebuah rumah tempat anjing dan keluarga tuan dia tinggal.

Ketika dibawa keluar dari rumah, anjing ni yang bernama Coda tidak bernafas, dan mujurlah diorang geng-geng bomba cuba sedaya upaya kasi selamat ni anjing guna CPR iaitu pernafasan mulut ke mulut, yang biasanya digunakan untuk menyelamatkan manusia. Tahniah abang-abang bomba!

Bagus kan diorang ni, Anjing pun diorang cuba sedaya untuk kasi selamat, sebab diorang pun ada nyawa juga ma macam manusia...kan?
Anggota bomba cuba buat CPR sama Coda si anjing.

Lelaki dan b*j* gergasi.

Ini bukan cerita lawak! Wesley Warren, lelaki dari Las Vegas perlukan wang sebanyak 1 juta US dolar untuk memperbaiki dia punya testis (B*j*) yang seberat 45kg! OMG!

Testis beliau semakin berkembang sampai beliau nda buli lagi pakai jeans atau seluar, dan dia mengadu selalu saja ada masalah untuk berjalan, dan pergi ke tandas.

Beliau sering saja tekanan, "Saya pun mau ada Chics dan Hangout sama kawan-kawan saya, namun begitu, dengan keadaan saya, saya terpaksa duduk rumah jak."

Namun begitu, dia mengakui, beliau masih bersemangat tinggi dan nda pernah terfikir untuk bunuh diri.
Tahniah kerana bersemangat waja!

'Heroin' jelita selamatkan gadis mau bunuh diri.

Lagi-lagi cerita tentang heroin wanita, kalau kamu baca artikel lepas-lepas, banyak cerita lain tentang heroin wanita selamatkan nyawa orang lain. Kali ini tentang polis wanita yang selamatkan gadis ini daripada terjun. Liang moi lagi tu! Check it out!


'Cinta itu buta.' Like seriously?

Kamu mesti jeles kan tingu ni gambar? lol. Yu Zhenhuan the Warewolf ni diiktiraf sebagai lelaki paling banyak bulu di dunia, tapi tidak menjadi masalah baginya untuk mendapatkan seorang isteri yang cantik begini. 

Inspirasi kepada lelaki single di luar sana!


Ni budak nangis kalau nda dengar Iron Maiden!

Ingatkan mat metal, atau mat motor jak yang dengar muzik Heavy Metal macam Iron Maiden, rupa-rupanya, budak kecil umur 4 tahun ni pun minat Iron Maiden! Dia menangis kalau bapa dia nda play lagu band favourite dia di kereta! Lucu! Kamu check it out tu video.



Dunia masih ada harapan! Long live heave metal!

Kehebatan nelayan kampung.Hanya pakai bambu untuk tangkap ikan paus!

Selalunya, untuk penangkapan ikan paus ni, teknologi tinggi diperlukan untuk menawan ikan gergasi ni, tapi bagi nelayan-nelayan kampung di Amerika Selatan ni, diorang rilex jak tangkap pakai bambu/buluh dan perahu kecil! 

Apa-apa pun, save the whale!
Aksi akrobatik nelayan, menusuk terus ke jantung.

Di China, susah sudah mo main buyuk time exam!

Peperiksaan di China diambil serius. Diorang sudah bawa pengawasan ke tahap yang baru dalam usaha untuk tangkap pelajar yang main buyuk.


Peperiksaan Kemasukan ke Kolej National ni kunun peperiksaan yang paling penting dalam hidup pelajar dan satu cara yang baik memastikan pelajar yang masuk ke universiti ialah yang betul-betul berkualitiLebih kurang sembilan juta pelajar mengambil ujian pada bulan Jun setiap tahun dan ia dilihat sebagai penting untuk mendapatkan ke kejayaan dalam hidup pelajar.

Macamana cara diorang tangkap? Pegawai-pegawai menggunakan pengesan frekuensi radio dalam usaha untuk mencari 'radio penipu'.


Ini melibatkan maklumat peperiksaan yang dihantar melalui peranti dari rakan kongsi di luar dalam peperiksaan.

Bersama-sama dengan sniffers RF, pegawai kini berdiri di luar dewan peperiksaan dan mengimbas kawasan yang cari untuk tanda-tanda penipu.

Menurut Kementerian Pendidikan China, mereka telah menahan 62 suspek yang ditangkap menjual alat-alat elektronik yang digunakan untuk menipu dalam perperiksaan. Hahaha! Baru kamu tau!





Di pasport Australia... ada jantina X.



Selalunya, di bahagian jantina dalam dokumen macam passport cuma ada dua kan? iaitu Lelaki dan Perempuan. Tapi, kerajaan Australia kini dia letak jenis jantina baru secara rasminya di passport, iaitu "X"!.

Seperti yang kena lapor oleh Associated Press, Khamis 15 September 2011, gender X ini diletakkan untuk transgender atau mereka yang masih lagi bingun orientasi seksualnya.

Khas untuk bagi transgender yang memilih jenis kelamin X, diorang perlu pernyataan dari doktor yang menunjukkan mereka telah melakukan operasi kelamin. Keputusan ini diambil supaya pemerintah Australia dapat kasi hilang diskriminasi terhadap para transgender.

"X sangat penting, kerana terdapat orang-orang yang secara genetis tidak jelas jenis kelaminnya atau merasa tidak sesuai dengan jenis kelamin yang mereka dapat ketika lahir," kata Senator Louise Pratt, yang menikah dengan seorang lelaki yang dulunya adalah wanita.

Dia mengatakan jenis kelamin ketiga ini juga dapat menghindarkan seseorang ditahan atau diinterogasi di lapangan terbang kerana ketidaksesuaian penampilan dengan gender yang tertulis di pasport. "Jenis kelamin baru ini juga penting untuk pengakuan hak-hak dasar manusia," tambah Pratt lagi.

Menteri Luar Negeri Australia, Kevin Rudd, mengatakan keputusan baru pemerintah ini selain menghapuskan diskriminasi juga akan mempermudah para transgender dalam mengurus dokumen perjalanan. "Amandemen ini membuat hidup lebih mudah dan menghilangkan beban bagi mereka yang ingin agar orientasi seksual dan penampilannya dapat terwakili dengan gender."

Alalala... Kamu judge la sendiri ok?

Bakar diri selepasa gagal pinjaman.

Kejadian ni berlaku di Greek, ni lelaki umur 55 tahun bakar diri dia di depan bank setelah permohonan pinjaman dia kena tolak. Gila oh kan? Sanggup lagi tu bakar diri...



Lelaki tumbuh n*n*n akibat makan ubat pencegah AIDS.


Nda tau ini berlaku di Tanzania jak ka atau seluruh dunia. Yang pastinya, beberapa orang yang ada AIDS di negara itu tiba-tiba ada payudara akibat dari kesan sampingan pengawal virus HIV yang diorang makan.


Selain Joseph Mkanda, beberapa lelaki lain juga mengalami kesan yang sama. Kesian diorang kan? Sudahlah kena HIV, tiba-tiba lagi tumbuh Payudara. Diorang pun malu mo keluar, takut kena kasi ketawa oleh orang ramai.


Doktor cakap, efek tu memang normal bagi orang yang makan ubat pencegah AIDS bagi tempoh yang lama...

Aksi hebat macam superhero, umban peragut pakai basikal!

Kejadian ini berlaku di China, beg tangan seorang perempuan diragut di depan hotel, kebetulan ni 'Superman' limpas di depan, dengan tenang dan bergaya dia stop basikal dia, trus dia umban tu motosikal pakai tu basikal! Tu moto pun jatuh bergulik! Hebat kan?
Man throws bicycle at thieves

Kiulu ada HSBC bank sudah... hooray!...err...what?

Semua tau Utusan Malaysia kan? Di antara surat khabar paling lama di Malaysia. Baru-baru ni diorang ada 'tersilap' letak gambar pasal Pekan Kiulu yang terletak di Sabah... Kamu tingu lah di bawah ni.

Penerangan gambar : "Pekan Kiulu di Sabah yang kini turut menikmati limpahan nikmat merdeka melalui pembangunan yang berterusan."

Kamu bulih baca terus ni sini.

Dan ini realiti pekan Kiulu sebenar. 

Puuunya jauh beza kan? - Photo credit to my.mustaffa.org

Dalam Durian ada Durian.

Musim-musim Durian ni mesti semua gila Durian kan, ada yang sampai mabuk. Ada yang pajak banyak-banyak, maklumlah, 1 tahun satu kali jak musim durian. Di Kuantan, ni satu orang pembeli tekejut bila dia buka durian dia tiada isi, macam biasa, cuma ada Durian jak di dalam, kiiiicilll lagi tu! Pelik kan?

Budak hampir mati dilanggar kereta api time mau jumpa gadis.


Kejadian ni berlaku di Sydney, Australia. Ni budak 12 tahun berlari cuba mo seberang ni landasan kereta-api mau jumpa 1 orang gadis, nda sempat naik pigi siring jalan. Tapi nasib dia betul-betul bagus, dia betul-betul sudah di tepi kereta api tu, dan nasib baik dia muat ruang 8 inci tu, kalau dia besar sikit badan dia memang kena heret sudah tu... Kalah situasi macam ni, 3% jak peluang untuk survive.. 
Crossing the line: The boy can be seen on the right of the frame, walking across the rails towards the platform
Kamu nampak ka tu budak cuba mo limpas ni landasan?

Anjing baring di hari pengebumian tuannya sebagai tanda penghormatan.


Seekor anjing bernama Hawkeye, baring sepanjang majlis pengebumian owner iaitu seorang askar Navy. Beliau terkorban dalam helikopter di Afghanistan. Ni anjing yang setia ni dia baring betul-betul di depan keranda tuan dia sebagai tanda penghormatan... sedihkan? Kunun-kunun ni anjing kawan rapat si mati dan ramai orang sebak nampak tu anjing buat begitu....

Sadness: Navy SEAL Jon Tumilson's Labrador retriever Hawkeye was loyal to the end, as he refused to leave his master's side during an emotional funeral

Man's best friend: Mr Tumilson's family members followed Hawkeye into the service before he lay down

Big funeral: Petty Officer Jon Tumilson, 35, killed in the Afghanistan helicopter crash this month, was remembered by around 1,500 mourners

Lif paaling cool, tapi bikin takut!

Siapa berani naik ni lift? Ok, ni lif yang betul-betul menakjubkan ni terletak di Chicago, setinggi 103 tingkat, kena kasi nama The Ledge. Pelawat bulih tingu permandangan dari langit Chicago dengan hanya 15 dolar satu kepala...pigi la kamu testing siapa berani. Pelawat biasanya akan berasa gayat pada 10-15 trip pertama, tapi lepas tu biasa sudah.. Cool kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...