Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Ni budak nangis kalau nda dengar Iron Maiden!

Ingatkan mat metal, atau mat motor jak yang dengar muzik Heavy Metal macam Iron Maiden, rupa-rupanya, budak kecil umur 4 tahun ni pun minat Iron Maiden! Dia menangis kalau bapa dia nda play lagu band favourite dia di kereta! Lucu! Kamu check it out tu video.



Dunia masih ada harapan! Long live heave metal!

Kalau sudah pervert memang pervert. (18sx)

Ni lelaki nda sedar yang dia kena rakan CCTV time dia buat kerja terkutuk dia. Kunun-kunun dia cuba-cuba cubuk/intai seluar dalam pekerja perempuan yang sedang susun minuman di peti sejuk.

Tingu-tingu dulu belakang.

Cara kunci basikal yang orang langsung nda buli curi.

Lama saya tengok ni gambar, cuba fikir cara dia kunci ni basikal. Sampai diorang terpaksa panggil bomba untuk buka ni basikal! LOL!

Di China, susah sudah mo main buyuk time exam!

Peperiksaan di China diambil serius. Diorang sudah bawa pengawasan ke tahap yang baru dalam usaha untuk tangkap pelajar yang main buyuk.


Peperiksaan Kemasukan ke Kolej National ni kunun peperiksaan yang paling penting dalam hidup pelajar dan satu cara yang baik memastikan pelajar yang masuk ke universiti ialah yang betul-betul berkualitiLebih kurang sembilan juta pelajar mengambil ujian pada bulan Jun setiap tahun dan ia dilihat sebagai penting untuk mendapatkan ke kejayaan dalam hidup pelajar.

Macamana cara diorang tangkap? Pegawai-pegawai menggunakan pengesan frekuensi radio dalam usaha untuk mencari 'radio penipu'.


Ini melibatkan maklumat peperiksaan yang dihantar melalui peranti dari rakan kongsi di luar dalam peperiksaan.

Bersama-sama dengan sniffers RF, pegawai kini berdiri di luar dewan peperiksaan dan mengimbas kawasan yang cari untuk tanda-tanda penipu.

Menurut Kementerian Pendidikan China, mereka telah menahan 62 suspek yang ditangkap menjual alat-alat elektronik yang digunakan untuk menipu dalam perperiksaan. Hahaha! Baru kamu tau!





Cara dengar lagu sambil memasak paling smart, tanpa MP3 atau iPod!

Hahahahaha!





Sumber : blogserius.blogspot.com

Aksi hebat macam superhero, umban peragut pakai basikal!

Kejadian ini berlaku di China, beg tangan seorang perempuan diragut di depan hotel, kebetulan ni 'Superman' limpas di depan, dengan tenang dan bergaya dia stop basikal dia, trus dia umban tu motosikal pakai tu basikal! Tu moto pun jatuh bergulik! Hebat kan?
Man throws bicycle at thieves

Kiulu ada HSBC bank sudah... hooray!...err...what?

Semua tau Utusan Malaysia kan? Di antara surat khabar paling lama di Malaysia. Baru-baru ni diorang ada 'tersilap' letak gambar pasal Pekan Kiulu yang terletak di Sabah... Kamu tingu lah di bawah ni.

Penerangan gambar : "Pekan Kiulu di Sabah yang kini turut menikmati limpahan nikmat merdeka melalui pembangunan yang berterusan."

Kamu bulih baca terus ni sini.

Dan ini realiti pekan Kiulu sebenar. 

Puuunya jauh beza kan? - Photo credit to my.mustaffa.org

Kehidupan seorang pengemis....yang pembuyuk!

Ni gambar diambil oleh seorang juru gambar yang kunun mau medokumentarikan kehidupan ni pengemis yang kesian betul ni. Tapi, kamu tingu sendiri apa yang jadi.

"Tulung incik, tulung...5 hari suda saya nda makan nih...Kaki saya lumpuh.."

"Ok, mungkin cukup sudah ni..."

Kamus Sabah : Dictionary untuk slang-slang sabah...paling manang!

Akhirnya ada juga orang buat kamus online untuk slang-slang sabahan, baru lagi ni, tapi bagi saya sangan kemas dan teratur.. Kamu taip jak perkataan slang Sabahan yang kamu nda tau trus kluar contoh-contoh ayat dan maksud... dan, kalau belum ada, kamu juga buli contribute atau menyumbang perkataan-perkataan yang belum ada. Kalau kamu rasa ngam tu perkataan, kamu like saja macam biasa...

Kalau mau melawat... kamu masuk saja di 
(KASI SHARE NI SUPAYA RAMAI ORANG TAU!)
Kamu sumbang jak perkataan yang belum ada...

Sebelum sumbang kena register dulu....senang jak ba!


Lucu!

K-Pop Malaysia - Max 24.7...... what?

Hahahahahahhahahahaha.....! No komen.


Sila post video ini di wall kawan kamu yang minat drama korea, atau profile picture dia artis korea.. haha!


Teknik mempertahankan diri yang paling ganas dan berbahaya.

Kalau kamu dirompak atau diugut.. mungkin cara ini sesuai. Hahaha!

Nama jurus ni ialah "Monkey steal the peach" atau bahasa melayu dia Monyet mencuri buah pic. Selamat mencuba!


Dunia semakin panas, taman air pun semakin penuh!

Inilah orang China buat untuk melarikan diri dari kepanasan. Taman tema air ni terletak di Daying County, nama ni taman ialah Chinese Dead Sea. Setiap musim panas gini la jadi dia.... tingu tu air...sampai kuning-kuning... kamurang teka sendiri kenapa kuning.



Pencuri paling cantik.


lorena

Bekas pemenang Ratu Cantik El Paso USA iaitu Lorena Tavera ni kedapatan kasi masuk baju bernilai 69 Dolar di plastik beg dia secara curi-curi, seorang pekerja kedai tu nampak dan dia lapor kepada polis.... polis pun bawa ni si cantik pigi balai polis untuk siasatan lanjut. Ni gadis 21 tahun masih tidak mau mengaku salah lalu kena bebas dengan ikat jamin... isk, isk isk..

Dia bilang kunun, dia kena khianat, maksud dia orang yang buat laporan tu menipu la kunun, gambar di bawah ni ialah gambar time di penjara..
Fallen beauty: Miss El Paso 2008 Lorena Tavera was arrested outside a Dillard's department store
Ini gambar di penjara. Masih jelita kan?

Lelaki saman syarikat pembuat perfume lelaki.


New Delhi, Ni satu lelaki India berusia 26 tahun saman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang jual produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'penderitaan mental'.


Tu lelaki bilang,dia gagal memikat gadis, walaupun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.


Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.


ni nah orang yang mau saman tu....
Vaibhav Bedi



Pengemis cantik, mengaku tersesat dari mesin masa.

Pelik + Lawak, ni pengemis di kena jumpa di stesen keretapi bawah tanah di China, selalu kita tingu pengemis ni baju buruk, dan ada yang kurang upaya kan... yang ini unik! Cantik terlampau ni orang dia, baju pun cantik.

Dia mengaku dia ni tersesat dar 500 tahun lepas, dan mau kumpul duit untuk balik pigi zaman dia pakai mesin masa! Yang lucunya, siap ada iPhone lagi dia ni.


Pastikan kamu tau maksud T-Shirt Kamu!

Hahahaha!

Budak lelaki kena paksa kahwin oleh budak prempuan, lucu!

Lucu tingu ni budak-budak bergaduh, ni budak perempuan dia bawa ni budak lelaki kahwin.... tapi tu budak lelaki jawap..."No! No! I don't wanna marry you!"... sampai nangis-nangis ni.. Lucu dan comel!

Bila Spiderman boring dunia terlampau aman.

Memandangkan dunia aman, ni Spider-Man sibuk pula mo kacau orang.. Cuba kamurang tingu ni video. Lawak berabis ni.. haha.

Kaki mabuk di rantai di taman oleh isteri!

Seorang suami dikunci di taman oleh bini dia, setelah balik dalam keadaan mabuk di malam sebelumnya. Siap ada note lagi kena tulis.

'Jangan kasi lepas ni orang, nanti dia akan pergi minum semula.'

Menurut tu lelaki, dia balik-balik sudah berjanji mau berenti minum sebelum ni. Patutlah isteri dia mengamuk kan? Tu isteri siap kasi tinggal jeruk timun, satu botol air, dan secawan gelas di sebelah ni orang yang kena ikat. Polis yang dihubungi datang untuk kasi lepas ni kaki minum. lol!

Lelaki kena tangkap pasal pakai baju renang perempuan di swimming pool.

Saya pun nda paham ni lelaki, dia kena tangkap di bilik persalinan perempuan di pusat renang, apabila selesai tukar baju renang dia. Perempuan di bilik tu teriak-teriak ketakutan, lalu pegawai bertugas pun call polis.. diorang terkejut bila nampak ni orang... pelik punya orang. Hahaha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...