Polis tertipu dengan patung harimau putih.

Kejadian ini berlaku di Hedge End, Southampton, 1 orang polis ni dia pigi lapor dia nampak 1 ekor harimau putih di padang golf, lepas tu ada satu lagi polis ni dia tengok ini harimau pakai teropong.

Operasi menangkap pun start, jabatan zoo,dan berpuluh-puluh polis gerakan khas dan beberapa unit lain bersedia untuk tangkap ini harimau putih, sampai diorang guna helikopter lagi untuk operasi ini. Resort di padang golf tu pun diorang kasi kosong, suruh semua orang awam keluar. Diorang sudah kepung dan standby aim-aim ini binatang buas kalau-kalau dia bertindak.

Lepas diorang semua sudah standby, ini binatang masih lagi nda begerak-gerak, rilek jak dia. So, diorang guna teropong pengesan haba (sampai pakai teknologi bah!) dan diorang nda dapat kesan apa-apa haba.

Jadi diorang guna helikopter untuk pigi cek... tu harimau masih nda bergerak! Tau-tau patung jak bah! hahaha.

Pelontar daun terup, potong 12 timun dalam masa 100 saat!

Kamu pernah cuba kasi terbang daun terup kah? Kalau nda mesti kamu kenal karekter X-Men iaitu si Gambit, yang guna daun terup sebagai senjata dia. Ini yang real punya.

Bai Dengcun, ahli Kungfu,3 tahun dulu ni kaki Poker . Lepas tu dia mula try melontar daun terup. Dia boleh kasi kena sasaran dalam jarak 5 meter! Video di bawah ni ialah time dia masuk ujibakat China's got Talent. 
Dia potong 12 timun dalam masa 100 saat.



Teda orang berani main Poker sama dia ni. Silap-silap di dahi tu kad kalau kamu main buyuk!

Siapa minta putung timun?

Apa jadi bila pulis terlampau boring....

Apa akan jadi bila Polis terlampau boring sudah time kerja? Diorang menari Shuffle!!! Lucu juga bila tingu diorang menari pakai uniform. Diorang pun manusia biasa juga bah pandai boring.

Oi, apa kamurang buat itu?
Kamurang tingu video dibawah...

Kawan baik yang pelik : Si Kucing dan Burung Hantu yang comel.


Kamurang mesti biasa suda dingar cerita yang kucing berkawan sama anjing kan? tapi yang ini lain siiikit. Kucing berkawan sama burung hantu, macam kalau katun Tweety & Sylvester bermusuh habis kan? selalu si Sylvester mo makan si Tweety nih. 

Cerita Tum si kucing dan Gebra si burung hantu ini lain sikit, bestfriend betul diorang sebab diorang ini geng karas dari kecil lagi.. kamurang tingu la aksi-aksi nakal diorang ni. 

Fum the cat leaps into the air to join his friend Gebra the owl
Pura-pura terkam kunun si Tum

Dibuang sekolah kerana bau badan.

Kamurang pernah kah kena buang sekolah time sekolah dulu? Nda? Kesalahan-kesalahan biasa yang boleh kena tindakan disiplin buang sekolah ni macam kesalahan-kesalahan berulang, contohnya hisap rokok, ponteng sekolah, bergaduh... gitu lah biasanya. Tapi ini kes pelik sikit..

Si Liu Fuyang yang baru berumur 15 tahun dari ShabingBa ShangQiao ni kena buang sekolah sebab lain. Dia kena buang pasal badan dia terlampau bau. Bau badan dia ini buat pelajar lain terganggu dan tidak selesa berada satu kelas sama dia. Saya pun nda buli imagine macamana bau dia ni sampai buli kena buang sekolah!

Bapa dia ada juga cuba kasi sekolah dia balik lepas dia kena buang, tapi si Liu ni nda mau sebab malu,.. Dia tulis satu surat sebab yang penuh makna untuk kasi terang masalah dia.. 

Dia tulis "Saya banyak buat masalah sama orang lain bah, kalau saya sekolah balik, sama juga saya akan buat masalah sama orang lain.".

Kasian kan?

Surat yang menunjukkan rasa hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...