Local band preview... Xinxerena

Local band preview kali ini ialah...... Xinxerena.. (Pronounce : Sin-serina)

Xinxerena ni band yang asal dari KK, yang ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi, bergenrekan Rock dan Alternatif, diorang amat aktif buat persembahan di sekitar KK, mustahil kamu nda pernah ternampak diorang perform... latest, diorang ada perform di Stompin' Sabah Tanjung Aru. Performance diorang mimang awesome!

Vocal bertenaga oleh Jodie, Del Aldo pada gitar, Ryandell pada Bass, dan Dony pada Drum, lagu single diorang 'Paradise' berada pada No.1 Hitz.FM Borneo English Top 10 pada mula-mula carta dibuka, dan kekal di atas untuk beberapa minggu. Wow!

Kamu bulih join Facebook page diorang di sini untuk mengikuti perkembangan diorang. Sama-sama kita support Sabahan band, sayang oh kita ada band berkualiti kalau nda kena support kan? So, kalau diorang ada buat show, jangan lupa pigi tingu, rugi oh!

P/S : 'Xinxerena' diambil dari perkataan Sincere yang bermaksud ikhlas.

Dony, Jodie, dan Del Aldo (Ryandell tiada dalam gambar)
Persembahan akustik di Move! Art Festival baru-baru ini.

Kamu dengar lagu diorang Paradise di sini.....


Gambar dan Info diambil dari Fan Page Xinxerena dan Reverbnation.

Wa, Bomba selamatkan anjing dengan CPR....

Tahniah kepada bomba di Winconsin, UK, kerana berjaya selamatkan anjing yang hampir-hampir maut akibat tersedut banyak asap time kebakaran di sebuah rumah tempat anjing dan keluarga tuan dia tinggal.

Ketika dibawa keluar dari rumah, anjing ni yang bernama Coda tidak bernafas, dan mujurlah diorang geng-geng bomba cuba sedaya upaya kasi selamat ni anjing guna CPR iaitu pernafasan mulut ke mulut, yang biasanya digunakan untuk menyelamatkan manusia. Tahniah abang-abang bomba!

Bagus kan diorang ni, Anjing pun diorang cuba sedaya untuk kasi selamat, sebab diorang pun ada nyawa juga ma macam manusia...kan?
Anggota bomba cuba buat CPR sama Coda si anjing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...