Cara-cara buat Kit Kat gergasi!



Besar gila Kit Kat dia!!!!!! Ok, tapi jangan risau cara buat dia senang jak...tingu gambar-gambar di bawah! Sesuai untuk majlis hari jadi ni..

Naik gunung tiap hari untuk pigi sekolah! Kamu berani?


Pelajar di Uygur Xinjiang di China memang susah mo escape lepas sudah pergi sekolah,
Murid-murid di Pili terpaksa menyeberangi 457,2 meter di atas paras laut semata-mata untuk mendapat ilmu di sekolah.

Di guide oleh cigu-cigu dan ibu bapa, semua murid berhati-hati menyeberangi gunung ni, kambing pun fikir dua kali owh mo limpas!

Seorang guru sempat begurau. "Ya, memang curam, tapi kami orang gunung ma, kami biasa suda ni, haha." 
"Kami belum lagi kehilangan siapa-siapa, bermakna belum ada pelajar lagi yang ponteng!"


Nah! Betapa susahnya orang lain pigi sekolah, yang senang pigi sekolah tu jangan la malas-malas...haha!

Cita-cita tinggi seorang gadis istimewa.

Ramai diantara kita yang selalu mengeluh tentang kekurangan diri, jerawat sikit sudah bising kan? Tapi tingu gadis ni, dia kehilangan kakinya ketika kemalangan, hanya menggunakan basketball sebagai pengganti kakinya yang dipotong dari pangkal pahanya.. Namun dia masih ingin mencapai cita-citanya untuk mewakili pasukan Paralimpik China bagi acara renang, kini, Qian Hongyan menjalani latihan untuk mnghadapi paralimpik 2012 London.


Hargailah diri kamu seadanya, dan kejarlah cita-cita kamu! 

Sikuriti Russia adalah Sikuriti Sebenar! (VIDEO)

Kejadian ini berlaku di salah sebuah supermarket di Russia, ni geng Skin Head buat kacau, dan memulakan pergaduhan, dan mulalah adegan SKURITIs vs SKINHEADs... Must watch!

Sikuriti di Russia nda macam di sini, tua-tua, kurus, dan ada yang gemuk.. diorang punya sikuriti semua fighter!

Local band preview... Xinxerena

Local band preview kali ini ialah...... Xinxerena.. (Pronounce : Sin-serina)

Xinxerena ni band yang asal dari KK, yang ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi, bergenrekan Rock dan Alternatif, diorang amat aktif buat persembahan di sekitar KK, mustahil kamu nda pernah ternampak diorang perform... latest, diorang ada perform di Stompin' Sabah Tanjung Aru. Performance diorang mimang awesome!

Vocal bertenaga oleh Jodie, Del Aldo pada gitar, Ryandell pada Bass, dan Dony pada Drum, lagu single diorang 'Paradise' berada pada No.1 Hitz.FM Borneo English Top 10 pada mula-mula carta dibuka, dan kekal di atas untuk beberapa minggu. Wow!

Kamu bulih join Facebook page diorang di sini untuk mengikuti perkembangan diorang. Sama-sama kita support Sabahan band, sayang oh kita ada band berkualiti kalau nda kena support kan? So, kalau diorang ada buat show, jangan lupa pigi tingu, rugi oh!

P/S : 'Xinxerena' diambil dari perkataan Sincere yang bermaksud ikhlas.

Dony, Jodie, dan Del Aldo (Ryandell tiada dalam gambar)
Persembahan akustik di Move! Art Festival baru-baru ini.

Kamu dengar lagu diorang Paradise di sini.....


Gambar dan Info diambil dari Fan Page Xinxerena dan Reverbnation.

Wa, Bomba selamatkan anjing dengan CPR....

Tahniah kepada bomba di Winconsin, UK, kerana berjaya selamatkan anjing yang hampir-hampir maut akibat tersedut banyak asap time kebakaran di sebuah rumah tempat anjing dan keluarga tuan dia tinggal.

Ketika dibawa keluar dari rumah, anjing ni yang bernama Coda tidak bernafas, dan mujurlah diorang geng-geng bomba cuba sedaya upaya kasi selamat ni anjing guna CPR iaitu pernafasan mulut ke mulut, yang biasanya digunakan untuk menyelamatkan manusia. Tahniah abang-abang bomba!

Bagus kan diorang ni, Anjing pun diorang cuba sedaya untuk kasi selamat, sebab diorang pun ada nyawa juga ma macam manusia...kan?
Anggota bomba cuba buat CPR sama Coda si anjing.

Lelaki dan b*j* gergasi.

Ini bukan cerita lawak! Wesley Warren, lelaki dari Las Vegas perlukan wang sebanyak 1 juta US dolar untuk memperbaiki dia punya testis (B*j*) yang seberat 45kg! OMG!

Testis beliau semakin berkembang sampai beliau nda buli lagi pakai jeans atau seluar, dan dia mengadu selalu saja ada masalah untuk berjalan, dan pergi ke tandas.

Beliau sering saja tekanan, "Saya pun mau ada Chics dan Hangout sama kawan-kawan saya, namun begitu, dengan keadaan saya, saya terpaksa duduk rumah jak."

Namun begitu, dia mengakui, beliau masih bersemangat tinggi dan nda pernah terfikir untuk bunuh diri.
Tahniah kerana bersemangat waja!

Bayi kena pijak kereta, 18 orang nampak tapi tidak peduli.

Bodoh, dan tidak berperikemanusiaan, Bayi ni kena pijak kereta, 18 orang limpas, jeling-jeling saja satu pun nda tolong, dan ada lagi lori lain pigi pijak! sampai ibu dia yang sendiri ambil tu Baby....tapi sudah terlambat.

Teruknya manusia sekarang... kan?



Ralat : Ada sumber mengatakan bayi itu kini dalam keadaan koma, dan masih hidup :(

Local band preview... Bring Back the Arcade

Untuk pengetahuan kamu, ini slot terbaru blog ini. Tujuan ni slot adalah untuk menyokong band-band tempatan khasnya band dari Sabah!

Preview kali ini adalah kumpulan Bring Back the Arcade!
Menggelar diri mereka 'game geek' yang hebat bermain muzik iaitu Angel (Vokal), Syuk dan Wann (Gitar), Mitch (Bass) dan Awang (Drum), baru-baru ini diorang sudah release Single diorang yang bertajuk Mrs. & Mr. K dan ada video clip pertama diorang suda iaitu Peeble by the Street (Sila rujuk video di bawah) .. Untuk pengetahuan kamu, single diorang pernah masuk carta Borneo English Chart Show Hitz.fm selama beberapa minggu!

dan..diorang berada di carta No. 27 Xfresh FM Underground, kamu buli kasi naik lagi tu carta dengan mengundi di http://www.xfm.com.my/Di-Radio/XFMU! Apa lagi, kasi naik band Sabah ba!

Untuk maklumat lanjut tentang BBTA, kamu join FB diorang di sini. Jom Support!
Member-member BBTA!
Single terbaru diorang, cuma berharga RM8!
Video Klik Peeble by the Street.

P/S : sekiranya kamu ada band local yang mahu dipreviewkan, sila postkan di wall facebook page Ni Kali Lah ok?! Kami support bah.

'Heroin' jelita selamatkan gadis mau bunuh diri.

Lagi-lagi cerita tentang heroin wanita, kalau kamu baca artikel lepas-lepas, banyak cerita lain tentang heroin wanita selamatkan nyawa orang lain. Kali ini tentang polis wanita yang selamatkan gadis ini daripada terjun. Liang moi lagi tu! Check it out!


Lelaki terlebih feel time main game.

Dia betul-betul rasa dia dalam game! Kamu tingu sendiri ni video. Lawak eh!

'Cinta itu buta.' Like seriously?

Kamu mesti jeles kan tingu ni gambar? lol. Yu Zhenhuan the Warewolf ni diiktiraf sebagai lelaki paling banyak bulu di dunia, tapi tidak menjadi masalah baginya untuk mendapatkan seorang isteri yang cantik begini. 

Inspirasi kepada lelaki single di luar sana!


Ni budak nangis kalau nda dengar Iron Maiden!

Ingatkan mat metal, atau mat motor jak yang dengar muzik Heavy Metal macam Iron Maiden, rupa-rupanya, budak kecil umur 4 tahun ni pun minat Iron Maiden! Dia menangis kalau bapa dia nda play lagu band favourite dia di kereta! Lucu! Kamu check it out tu video.



Dunia masih ada harapan! Long live heave metal!

Kehebatan nelayan kampung.Hanya pakai bambu untuk tangkap ikan paus!

Selalunya, untuk penangkapan ikan paus ni, teknologi tinggi diperlukan untuk menawan ikan gergasi ni, tapi bagi nelayan-nelayan kampung di Amerika Selatan ni, diorang rilex jak tangkap pakai bambu/buluh dan perahu kecil! 

Apa-apa pun, save the whale!
Aksi akrobatik nelayan, menusuk terus ke jantung.

Kalau sudah pervert memang pervert. (18sx)

Ni lelaki nda sedar yang dia kena rakan CCTV time dia buat kerja terkutuk dia. Kunun-kunun dia cuba-cuba cubuk/intai seluar dalam pekerja perempuan yang sedang susun minuman di peti sejuk.

Tingu-tingu dulu belakang.

Cara kunci basikal yang orang langsung nda buli curi.

Lama saya tengok ni gambar, cuba fikir cara dia kunci ni basikal. Sampai diorang terpaksa panggil bomba untuk buka ni basikal! LOL!

Di China, susah sudah mo main buyuk time exam!

Peperiksaan di China diambil serius. Diorang sudah bawa pengawasan ke tahap yang baru dalam usaha untuk tangkap pelajar yang main buyuk.


Peperiksaan Kemasukan ke Kolej National ni kunun peperiksaan yang paling penting dalam hidup pelajar dan satu cara yang baik memastikan pelajar yang masuk ke universiti ialah yang betul-betul berkualitiLebih kurang sembilan juta pelajar mengambil ujian pada bulan Jun setiap tahun dan ia dilihat sebagai penting untuk mendapatkan ke kejayaan dalam hidup pelajar.

Macamana cara diorang tangkap? Pegawai-pegawai menggunakan pengesan frekuensi radio dalam usaha untuk mencari 'radio penipu'.


Ini melibatkan maklumat peperiksaan yang dihantar melalui peranti dari rakan kongsi di luar dalam peperiksaan.

Bersama-sama dengan sniffers RF, pegawai kini berdiri di luar dewan peperiksaan dan mengimbas kawasan yang cari untuk tanda-tanda penipu.

Menurut Kementerian Pendidikan China, mereka telah menahan 62 suspek yang ditangkap menjual alat-alat elektronik yang digunakan untuk menipu dalam perperiksaan. Hahaha! Baru kamu tau!





Di pasport Australia... ada jantina X.



Selalunya, di bahagian jantina dalam dokumen macam passport cuma ada dua kan? iaitu Lelaki dan Perempuan. Tapi, kerajaan Australia kini dia letak jenis jantina baru secara rasminya di passport, iaitu "X"!.

Seperti yang kena lapor oleh Associated Press, Khamis 15 September 2011, gender X ini diletakkan untuk transgender atau mereka yang masih lagi bingun orientasi seksualnya.

Khas untuk bagi transgender yang memilih jenis kelamin X, diorang perlu pernyataan dari doktor yang menunjukkan mereka telah melakukan operasi kelamin. Keputusan ini diambil supaya pemerintah Australia dapat kasi hilang diskriminasi terhadap para transgender.

"X sangat penting, kerana terdapat orang-orang yang secara genetis tidak jelas jenis kelaminnya atau merasa tidak sesuai dengan jenis kelamin yang mereka dapat ketika lahir," kata Senator Louise Pratt, yang menikah dengan seorang lelaki yang dulunya adalah wanita.

Dia mengatakan jenis kelamin ketiga ini juga dapat menghindarkan seseorang ditahan atau diinterogasi di lapangan terbang kerana ketidaksesuaian penampilan dengan gender yang tertulis di pasport. "Jenis kelamin baru ini juga penting untuk pengakuan hak-hak dasar manusia," tambah Pratt lagi.

Menteri Luar Negeri Australia, Kevin Rudd, mengatakan keputusan baru pemerintah ini selain menghapuskan diskriminasi juga akan mempermudah para transgender dalam mengurus dokumen perjalanan. "Amandemen ini membuat hidup lebih mudah dan menghilangkan beban bagi mereka yang ingin agar orientasi seksual dan penampilannya dapat terwakili dengan gender."

Alalala... Kamu judge la sendiri ok?

Bakar diri selepasa gagal pinjaman.

Kejadian ni berlaku di Greek, ni lelaki umur 55 tahun bakar diri dia di depan bank setelah permohonan pinjaman dia kena tolak. Gila oh kan? Sanggup lagi tu bakar diri...



Lelaki tumbuh n*n*n akibat makan ubat pencegah AIDS.


Nda tau ini berlaku di Tanzania jak ka atau seluruh dunia. Yang pastinya, beberapa orang yang ada AIDS di negara itu tiba-tiba ada payudara akibat dari kesan sampingan pengawal virus HIV yang diorang makan.


Selain Joseph Mkanda, beberapa lelaki lain juga mengalami kesan yang sama. Kesian diorang kan? Sudahlah kena HIV, tiba-tiba lagi tumbuh Payudara. Diorang pun malu mo keluar, takut kena kasi ketawa oleh orang ramai.


Doktor cakap, efek tu memang normal bagi orang yang makan ubat pencegah AIDS bagi tempoh yang lama...

Obsesi Fotografi Pelik #4 : Posing kepala di mangkuk tandas!


Kamu masih ingat kah entry dulu yang berkenaan Plangking iaitu, posing secara bertiarap... kalau lupa kamu rujuk Obsesi Fotografi Pelik #3

Sekarang, semakin pelik planking diorang, iaitu posing sambil kepala masuk dalam mangkuk tandas! OMG! Ini lebih ekstrim dari sebelum-sebelumnya. Diorang panggil ini "Plumbking".....Kamu berani?

Snug: This man obviously has a high threshold for unhygienic situations


Cara dengar lagu sambil memasak paling smart, tanpa MP3 atau iPod!

Hahahahaha!





Sumber : blogserius.blogspot.com

Aksi hebat macam superhero, umban peragut pakai basikal!

Kejadian ini berlaku di China, beg tangan seorang perempuan diragut di depan hotel, kebetulan ni 'Superman' limpas di depan, dengan tenang dan bergaya dia stop basikal dia, trus dia umban tu motosikal pakai tu basikal! Tu moto pun jatuh bergulik! Hebat kan?
Man throws bicycle at thieves

Macamana lelaki gila seks mengintai cara moden. (18sx)

Dunia semakin modern, penjenayah pun makin modern... sampai sanggup buat macam ini bah! Kamu tingu tu gambar satu-satu dan baca la caption-caption dia....
Kamu tingu tu lelaki di belakang, yang bawa beg tu.
Kamu nampak kan tu beg makin dekat....

Kiulu ada HSBC bank sudah... hooray!...err...what?

Semua tau Utusan Malaysia kan? Di antara surat khabar paling lama di Malaysia. Baru-baru ni diorang ada 'tersilap' letak gambar pasal Pekan Kiulu yang terletak di Sabah... Kamu tingu lah di bawah ni.

Penerangan gambar : "Pekan Kiulu di Sabah yang kini turut menikmati limpahan nikmat merdeka melalui pembangunan yang berterusan."

Kamu bulih baca terus ni sini.

Dan ini realiti pekan Kiulu sebenar. 

Puuunya jauh beza kan? - Photo credit to my.mustaffa.org

Gaun diperbuat dari newspaper..

Mau kahwin tapi teda duit sewa gaun? Jangan Risau....pakai newspaper pun buli bah!



Buaya gergasi berjaya ditangkap hidup-hidup...punya basarr!


Urang kampung dan pakar buaya di Filipina berjaya menangkap buaya yang dianggap paling besar di dunia, iaitu seberat 600kg dan 6.1 meter, kunun-kunun, ini buaya yang menyebabkan beberapa ekor Karabau hilang, dan 1 orang Nelayan hilang.... Basar kan?

Rompakan bersenjata di Shah Alam

Ramai antara kita yang suka bawa Laptop pigi kedai mamak kan? lepas tingu video ni mungkin kamu nda mo bawa lagi... ini kejadian baru-baru jak berlaku ni.. Check it out!

Kalau penat bediri untuk memasak....cuba kamu try buat begini.

Cara baru untuk hilangkan kepenatan time memasak. Kenapa tidak dia taru di lantai jak tu tempat masak kan? Macam-macam jak....


Kehidupan seorang pengemis....yang pembuyuk!

Ni gambar diambil oleh seorang juru gambar yang kunun mau medokumentarikan kehidupan ni pengemis yang kesian betul ni. Tapi, kamu tingu sendiri apa yang jadi.

"Tulung incik, tulung...5 hari suda saya nda makan nih...Kaki saya lumpuh.."

"Ok, mungkin cukup sudah ni..."

Dalam Durian ada Durian.

Musim-musim Durian ni mesti semua gila Durian kan, ada yang sampai mabuk. Ada yang pajak banyak-banyak, maklumlah, 1 tahun satu kali jak musim durian. Di Kuantan, ni satu orang pembeli tekejut bila dia buka durian dia tiada isi, macam biasa, cuma ada Durian jak di dalam, kiiiicilll lagi tu! Pelik kan?

Katak gergasi sebesar budak!

Ada satu lelaki di Gemencheh, Negeri Sembilan, kunun dia telah melihat katak besar seberat 20kg, berat badan macam budak umur 7-8 tahun ba tu!!!!!


Ini lelaki kena offer dari orang luar sebanyak RM500, tapi dia demand RM1000, ni orang asli pun setuju, jadi dia balik rumah untuk ambil tu katak. Sekali tingu, satu famili dia suda masak dan makan tu katak, lepas tu, semua yang makan tu katak jatuh sakit...sampai sekarang masih terlantar di katil. Pelik juga kan? Katak apa ba ni? di National Geography pun nda pernah keluar.

Punya Basar Kan?
Sumber : Mysinchew.com

Budak hampir mati dilanggar kereta api time mau jumpa gadis.


Kejadian ni berlaku di Sydney, Australia. Ni budak 12 tahun berlari cuba mo seberang ni landasan kereta-api mau jumpa 1 orang gadis, nda sempat naik pigi siring jalan. Tapi nasib dia betul-betul bagus, dia betul-betul sudah di tepi kereta api tu, dan nasib baik dia muat ruang 8 inci tu, kalau dia besar sikit badan dia memang kena heret sudah tu... Kalah situasi macam ni, 3% jak peluang untuk survive.. 
Crossing the line: The boy can be seen on the right of the frame, walking across the rails towards the platform
Kamu nampak ka tu budak cuba mo limpas ni landasan?

Anjing baring di hari pengebumian tuannya sebagai tanda penghormatan.


Seekor anjing bernama Hawkeye, baring sepanjang majlis pengebumian owner iaitu seorang askar Navy. Beliau terkorban dalam helikopter di Afghanistan. Ni anjing yang setia ni dia baring betul-betul di depan keranda tuan dia sebagai tanda penghormatan... sedihkan? Kunun-kunun ni anjing kawan rapat si mati dan ramai orang sebak nampak tu anjing buat begitu....

Sadness: Navy SEAL Jon Tumilson's Labrador retriever Hawkeye was loyal to the end, as he refused to leave his master's side during an emotional funeral

Man's best friend: Mr Tumilson's family members followed Hawkeye into the service before he lay down

Big funeral: Petty Officer Jon Tumilson, 35, killed in the Afghanistan helicopter crash this month, was remembered by around 1,500 mourners

Kamus Sabah : Dictionary untuk slang-slang sabah...paling manang!

Akhirnya ada juga orang buat kamus online untuk slang-slang sabahan, baru lagi ni, tapi bagi saya sangan kemas dan teratur.. Kamu taip jak perkataan slang Sabahan yang kamu nda tau trus kluar contoh-contoh ayat dan maksud... dan, kalau belum ada, kamu juga buli contribute atau menyumbang perkataan-perkataan yang belum ada. Kalau kamu rasa ngam tu perkataan, kamu like saja macam biasa...

Kalau mau melawat... kamu masuk saja di 
(KASI SHARE NI SUPAYA RAMAI ORANG TAU!)
Kamu sumbang jak perkataan yang belum ada...

Sebelum sumbang kena register dulu....senang jak ba!


Lucu!

Lif paaling cool, tapi bikin takut!

Siapa berani naik ni lift? Ok, ni lif yang betul-betul menakjubkan ni terletak di Chicago, setinggi 103 tingkat, kena kasi nama The Ledge. Pelawat bulih tingu permandangan dari langit Chicago dengan hanya 15 dolar satu kepala...pigi la kamu testing siapa berani. Pelawat biasanya akan berasa gayat pada 10-15 trip pertama, tapi lepas tu biasa sudah.. Cool kan?



Rumah dalam Trak yang semattt gila.

Oleh kerana masalah ekonomi dan harga rumah yang semakin meningkat, ni satu famili tinggal dalam trak lori,  tapi bukan calang-calang punya rumah owh....  Kemas, teratur dan lengkap dengan TV lagi tu...




Barcelona 5 - 0 Napoli

Barcelona membelasah Napoli dengan 2 gol dari Messi, dari Fabregas, Keita dan Pedro... Check it out!

K-Pop Malaysia - Max 24.7...... what?

Hahahahahahhahahahaha.....! No komen.


Sila post video ini di wall kawan kamu yang minat drama korea, atau profile picture dia artis korea.. haha!


Gambar pertunangan yang pelik tapi cool.... Zombie Attack!

Trend sekarang untuk photoshoot perkahwinan dan pertunangan semua sama kan? Sunset, tepi pantai, taman, street....yang ini ada keunikan tersendiri...Ada zombie sebagai pelakon tambahan, tema dia ialah serangan zombi, memang pelik, tapi unik dan nampak heroism dan cool! lain dari yang lain.... 

Kalau kamu mo tau, ni pasangan dari California, dan dua-dua ni pekerja Disney Studios...patutlah!

True Romance: A engagement picnic in the California hills
Sebelum kedatangan Zombi.

The couple enjoy a quiet picnic ... but what's that in the background?
Saat romantik, tapi...ow-ow...ada apa di belakang...?

600 ekor arnab mati, sebab terkejut tingu anjing!

600 ekor arnab di sebuah kandang mati tekejut selepas seekor anjing menceroboh kandang mereka, tiada cedera langsung dijumpai pada badan diorang... dipercayai bahawa arnab-arnab ini terrrrlampau stress akibat ternampak anjing dan kadar adrenalin terlampau tinggi dan mengakibatkan arnab-arnab ini sakit jantung..

Kasian owner dia, sampai menangis-nangis dia tingu arnab-arnab dia..



Arsenal 0 - 2 Liverpool (Video)

Ketiadaan Fabregas yang pindah pigi Barcelona betul-betul menunjukan impak, Arsenal kurang dapat bola, dan Liverpool control habis, banyak pemain-pemain yang main dengan cemerlang.. Kemasukan Mereiles sama Suarez pada minit ke 74' berjaya mengubah game...trus gol dua kali bah, satu hasil gol sendiri oleh Aaron Ramsey, dan satu lagi dari Luis Suarez. Man of the Match ialah pemain baru Liverpool iaitu Jose Enrique.





szólj hozzá: Ars vs Liv

Teknik mempertahankan diri yang paling ganas dan berbahaya.

Kalau kamu dirompak atau diugut.. mungkin cara ini sesuai. Hahaha!

Nama jurus ni ialah "Monkey steal the peach" atau bahasa melayu dia Monyet mencuri buah pic. Selamat mencuba!


Iklan paling sedih - Kasih seorang bapa.

Sedih ni video... cerita pasal seorang bapa yang bisu, tapi dia terlampau sayang anak dia... kadang-kadang kita tidak tau betapa ahli keluarga kita tu sayang kita, walaupun cara diorang bagi kasi sayang tu berbeza, setiap ibu bapa pasti sayang anak diorang...

Check it out this video.

Gadis sanggup berhujan untuk kasi payung pengemis cacat.

Baik hati ni gadis, sudah la cantik, berhati mulia pula tu. Sanggup dia kasi payung ni pengemis yang dia tidak kenal supaya tu pengemis dapat berlindung di tempat yang tidak kena hujan. Dia sendiri habis basah kuyup. 

Akhirnya kita dapat nampak scene yang selalu kita dapat baca di novel atau tingu di drama TV jak... rupanya masih ada orang yang berhati mulia!

Tu orang pengemis pun terharu sama ni gadis. Biasanya orang pandang hina jak sama dia.
Baju tu perempuan habis basah sudah. Tapi dia nda peduli & masih mau tolong.

Dunia semakin panas, taman air pun semakin penuh!

Inilah orang China buat untuk melarikan diri dari kepanasan. Taman tema air ni terletak di Daying County, nama ni taman ialah Chinese Dead Sea. Setiap musim panas gini la jadi dia.... tingu tu air...sampai kuning-kuning... kamurang teka sendiri kenapa kuning.



Proses pereputan buah-buahan yang semat abis...

Buah-buahan antara yang paling cepat reput kan? Kamu mesti teringin mau tingu proses pereputan dia kan?
Kamu lucky sebab ni Doktor rajin betul dia rakam ni gambar selama 74 hari....nampak semua perubahan dari  fresh ke reput betul-betul... check it out!

Karya seni di kulit pisang!


Macam-macam karya seni yang ada sekarang, salah satunya, lukisan atas pisang! Kreatif kan? Ini karya Gil Park, warga Korea Selatan yang tinggal di Australia....dia cuma pakai pencungkil gigi untuk mengukir...hebat kan.. Check it out!


Pencuri paling cantik.


lorena

Bekas pemenang Ratu Cantik El Paso USA iaitu Lorena Tavera ni kedapatan kasi masuk baju bernilai 69 Dolar di plastik beg dia secara curi-curi, seorang pekerja kedai tu nampak dan dia lapor kepada polis.... polis pun bawa ni si cantik pigi balai polis untuk siasatan lanjut. Ni gadis 21 tahun masih tidak mau mengaku salah lalu kena bebas dengan ikat jamin... isk, isk isk..

Dia bilang kunun, dia kena khianat, maksud dia orang yang buat laporan tu menipu la kunun, gambar di bawah ni ialah gambar time di penjara..
Fallen beauty: Miss El Paso 2008 Lorena Tavera was arrested outside a Dillard's department store
Ini gambar di penjara. Masih jelita kan?

Baju renang paaling pelik...

Ni Auntie dia reka sendiri ni baju renang dia, 100% disaluti dengan minyak, dan cuma ada lubang di mata dan mulut... Kunun-kunun, untuk elak daripada kena sunburn dan kena serangan obor-obor.... punya pelik kan? macam orang minyak pun ada! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...