Rumah di tangki bawah tanah.

Miguel Restrepo (65) dan bini dia María García tinggal di Madellin Colombia. Miguel ni bekas penagih dadah, dan diorang bilang, 22 tahun sudah diorang menetap di tangki bawah tanah ni. Rumah diorang ni sempit jak, panjang 10 kaki, 4.4 kaki lebar dan 6.5 kaki tinggi didiami oleh Miguel, isteri dan anjing peliharaan mereka Blackie. Walaupun rumah diorang sempit, tapi hampir setiap kelengkapan dan keperluan, ada dalam ni rumah.

Bersyukurlah walaupun rumah kita kecil, tapi tiada yang sampai terpaksa tinggal di terowong kan? :)



Percubaan 'Prison Break' yang gagal.

Kejadian berlaku di sebuah penjara Brazil, seorang tahanan yang cuba melarikan diri tersangkut di satu lubang yang kecil dan bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya. Dipercayai bahawa seorang tahanan yang lebih kurus berjaya melepaskan diri.

Ini lah jadi kalau nda dapat agak saiz perut sendiri. lol!
Tu polis penjara pun berabis ketawa, haha.

"Kimbet! Apa kamurang gambar-gambar!"

Rumah terbalik di Tuaran. Magic!

Magic owh kan? Kalau kamu mo tau, ini Rumah Terbalik ini dibina di Kg. Telibong, Tuaran, Sabah. Rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara ba ni! 

Ni rumah dibina ikut ciri-ciri asal rumah tradisional Sabah dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur yang dibina terbalik!

Satu kali masuk, memakan masa selama 30-45 satu round. Ni rumah terletak di dalam Perkampungan Kraftangan Tuaran, makanan dan cenderamata tempatan pun ada sana.

Nah, buli lah bertrip macam filem Inception!

Gadis penjual tiket bas yang santik...

Kebiasannya penjual tiket terdiri daripada auntie-auntie di China. Jarang lah ada anak muda yang mau bekerja menjual tiket bas ini. Tetapi sejak gambar gadis ini berada di internet ramai yang tertanya siapakah gadis ini? Sebab jarang gadis yang secantik sanggup bekerja menjadi  penjual tiket.Dia dikata bekerja di Shanghai bus bernombor 961 route...





Budak bermata kucing, bulih melihat dalam gelap!

Kamu tau mata kucing kan? bersinar bila disuluh pada waktu malam, dan berwarna kebiruan, tapi budak bermata kucing misti kamu nda pernah dengar kan. Mata dia buli tingu dalam gelap lagi tu!

Doktor sudah kaji penglihatan yang menakjubkan Nong Youhui sejak bapa dia membawanya ke hospital di Dahua, selatan China, risau dengan mata biru terang beliau.

Si bapa, Ling bilang: "Diorang kasi tau saya dia akan membesar dan matanya akan berhenti bercahaya dan menjadi hitam seperti kebanyakan orang Cina, tapi masih juga sama walaupun dia membesar."

Ujian perubatan yang dijalankan di dalam gelap membuktikan Youhui boleh membaca dengan sempurna tanpa cahaya apa-apa dan melihat dengan jelas kerana kebanyakan orang lakukan pada siang hari. Campin kan?




Upacara menghidupkan mayat. Zombie real punya!

Di Indonesia, macam-macam budaya pelik yang kita bulih dingar. Ini salah satunya, suku Toraja di sana, mampu membangkitkan orang mati. Upacara ini dikendalikan oleh pawang-pawang diorang yang suda expert. 

Kononnya, mayat ini dihidupkan supaya mayat ini bulih berjalan sendiri ke liang kubur (lubang kubur) sendiri, amat sukar untuk diusung sebab kubur terletak di kawasan pergunungan. Sebaik saja dihidupkan, mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu, sebelum mula berjalan ke kubur sendiri. Jika ada orang menunjuk atau memanggil nama dia, mayat ini akan rebah dan tidak boleh dihidupkan kembali.

Ritual ini sudah kena praktik dari duuuluuu lagi diorang bilang, time peperangan Toraja Barat dan Toraja Timur, tentera yang mati akan 'dibangkitkan' oleh pawang, supaya diorang bulih berjalan pigi rumah sendiri. 

Si Zombie dimandikan.

Ibu jual rumah untuk biaya kos 'kasi kurus' si anak.

Colin Corfield, 41 tahun, susah mau bergerak dan terpaksa stay di kerusi atau katil saja untuk makan, tapi, nasib dia berubah apabila Ibu dia sanggup jual rumah untuk hantar ni lelaki pigi operation 'Gastric Bypass', hasilnya berbaloi apabila berat dia berubah dari 378kg ke 88kg!

Sebelum
Berbaloi-baloi!

Perompak trip koboi, tertimbak kaki sendiri. Fail!

Eksyen kunun ni perompak, pakai topi koboi, bawa dua pistol. Cuba merompak sebuah bank di Brazil. Sekali tingu, tertembak kaki sendiri! Belum pro lagi ni koboi. Punya bikin malu kan?

Pencuri ni kena tangkap apabila dia cuba pigi Hospital berdekatan untuk meminta rawatan. 


Budak 3 tahun, memasak, memandikan dan menjaga si bapa yang lumpuh!

Kejadian ini berlaku di China, si bapa, Dong Jian, lumpuh akibat kemalangan, dan bini dia lari nda tau pigi mana selepas kemalangan berlaku. Namun begitu, si Dong Xinyi, anak perempuannya berumur 3 tahun, sentiasa di sisi untuk menjaga si bapa yang lumpuh. Dia masak makanan, dia kasi bersih kotoran, semua dia buat untuk jaga bapa dia. Bayangkan, ni budak baru 3 tahun sudah pandai jaga bapa dia!

Ambil air untuk kasi mandi beliau dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...